Penyembur lada atau penyembur
OC (from "Oleoresin Capsicum")
ialah sejenis agen lakrimator (sejenis sebatian kimia yang mengusik
mata hingga menyebabkan air mata, kepedihan, ataupun buta sementara) yang
digunakan dalam kawalan rusuhan, kawalan kumpulan, dan pertahanan diri, termasuk pertahanan daripada
anjing dan haiwan liar.Kesan
keradangannya menyebabkan mata terpejam sehingga tidak dapat melihat. Kebutaan
sementara ini membolehkan pegawai
keselamatan menahan pesalah dengan lebih mudah, dan juga membolehkan pengguna penyembur lada sebagai pertahanan diri untuk mendapatkan peluang melarikan diri.
keselamatan menahan pesalah dengan lebih mudah, dan juga membolehkan pengguna penyembur lada sebagai pertahanan diri untuk mendapatkan peluang melarikan diri.
Ramuan aktif dalam semburan
lada ialah kapsaisin, iaitu sejenis bahan kimia yang
diperoleh daripada buah tumbuhan bergenus Capsicum,
termasuk cili. Pengekstrakan oleoresin capsicum daripada lada memerlukan buah lada
yang dikisar halus, dari mana capsaicin diekstrakkan dalam pelarut organik seperti
etanol. Pelarut itu kemudiannya disejatkan, dan resin seakan lilin itulah oleoresin capsicum. Pengemulsi
seperti propilena glikol digunakan untuk menggantungkan OC
dalam air, lalu dikenakan tekanan supaya dijadikan serbuk semburan lada. Kaedah kromatografi
cecair prestasi tinggi (HPLC)
digunakan untuk mengukur jumlah kapsaisin dan kapsaisinoid utama dalam semburan
lada.
Sejenis analog sintetik kepada
kapsaisin, iaitu vanililamida asid pelargonik (desmethyldihydrocapsaicin),
digunakan dalam satu lagi jenis penyembur lada yang digunakan di United Kingdom. Satu
lagi jenis analog sintetiknya, iaitu morfolida asid pelargonik,
dimajukan dan digunakan secara meluas di Rusia.
Penyembur lada biasanya
berbentuk kanister yang
biasanya cukup kecil untuk dibawa atau disorokkan dalam poket atau tas tangan.
Penyembur lada juga boleh dibeli dalam bentuk tersorok dalam barang-barang seperti cincin. Juga terdapat pelancar semburan laja yang boleh ditembakkan daripada senapang paintball. Ia telah sekian lama
digunakan terhadap penunjuk perasaan .

No comments:
Post a Comment